Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu
perkara yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di
muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara.
Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang
boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama
negara. Negara kita sebenarnya telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan
negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di
pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati
bapa”. "Kita
tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar
supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi
ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga
yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti
mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan
melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Isu-isu
tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan televisyen.
Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di negara
kita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan pencemaran udara. Pada pendapat
saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.
Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah, bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun disebarkan melalui media massa namun manusia ”durjana” yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini. Terdapat juga individu yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai. Individu yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan. Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Punca seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini
adalah kerana sikap pekerja di sektor pertanian dan industri juga boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terdapat segelintir pekerja di sektor
pertanian yang membuang sisa racun rumpai ke dalam sungai dan perbuatan ini
boleh menyebabkan air sungai tercemar. Selain itu, terdapat juga pekerja di
sektor pertanian yang membakar hutan bagi membersihkan tanah untuk bercucuk
tanam. Hutan yang terbakar ini akan mengeluarkan asap yang tebal lalu
berlakulah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Asap-asap kilang
dan kenderaan juga boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara. Ini
disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh
mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara. Selain itu,
terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh
sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup. Sejenis lagi bahan yang boleh
dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama
kanak-kanak. Selain itu, manusia juga turut menerima udara yang tidak segar
untuk menarik nafas. Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat
dalam kehidupan seharian. Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang
dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi
kesan terhadap seluruh masyarakat.
Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang
hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon
dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon
juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. penyusutan
lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus
matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam
alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon
ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit
yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari
yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian
kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini. Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di
Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran
hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini
dan juga menjejaskan kualiti udara.
Kesan seterusnya berlakunya pencemaran alam sekitar ini
menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila
gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam
awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Hal
ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu,
asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan
asid juga disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida
dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada
masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil
di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak
dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan
berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar
ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun
sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik. Hujan
asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku
apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh
menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu
menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar,
mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan
manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang
berpenyakit seperti mengidap asma.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini
demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam
sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin
hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon
dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada
masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit
yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut
memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat
besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan
kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat
menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani
masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan
kimia.
Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat
signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari
ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian
kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi
piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan
sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa
kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang
mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini,
undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat
akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu
sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai
kwashiorkor akibat kekurangan protein. Bahan-bahan buangan boleh diproses
semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.
Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini,
sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah
untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara
juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali
gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar
semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.
Kesimpulannya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha
untuk mengatasi pencemaran terhadap alam sekitar seperti penguatkuasaan
undang-undang, kempen-kempen kesedaran, pameran yang berkaitan dengan alam
sekitar dan sebagainya. Namun, usaha-usaha kerajaan itu ibarat mencurah air
kedaun keladi tanpa disokong oleh pihak-pihak (NGO) dan masyarakat di negara
ini.
damn it
ReplyDeleteWhy π€
DeleteBuang Tabiat
DeleteBaguslah, terima kasih untuk mengguna contoh karangan dan karangan ini sangat bagus dan hebat. Taniah Khairul Hshm.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author
DeleteThis comment has been removed by the author
Deletekesimpulan pendek sangat
ReplyDeleteNanti saya perbaiki terima kasih π
DeleteOK dah karangan ni...terbaik
ReplyDeleteThanks π
DeleteTajuk karangan ni banyak masuk bab2 sains. Terbaik
ReplyDeleteThanks π
DeleteKarangan baekk
ReplyDeleteThanks π
DeleteThanks semua!
ReplyDeleteKenapa hmm
ReplyDeleteThanks π
ReplyDeleteim speechless.... this is better than good
ReplyDeletefu ck y
ReplyDeleteapa itu fucky
DeleteBEST OF THE BEST
ReplyDeletewowwwww.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteso long
ReplyDeletemeng
ReplyDeletekarangan yang padat dengan isi.bagus
ReplyDeleteWOW.This is so awesome.NICE
ReplyDeleteBagusπππ
ReplyDeleteperhhh
ReplyDeletegoooooooooooooood boy
ReplyDeleteSaya nak tanya..... boleh Tuan tolong taksirkan macam mana pemarkahan karangan bahasa melayu dilaksanakan..
ReplyDeleteApa apa pun... karangan kat atas memang terbaik...
Terima kasih lah bah sebab karangan ini membantu sangat bah...(。♡‿♡。)
ReplyDeletetwo pencemaran udara
ReplyDeletekita antaranya ialah pencemaran air, udara, dan pencemaran udara.
Impressive!
ReplyDeletebu neng la ni
ReplyDeletebunenglani
ReplyDeletebest essay
ReplyDeletecomment are in bellow
ReplyDeletebest ..........................
are you kidding
Delete